Semakan Keputusan UPSR 2018 Online & SMS

Semakan keputusan UPSR 2018 online dan SMS. Jika anda menduduki peperiksaan UPSR tahun ini biasanya keputusan UPSR akan diumumkan dalam tahun ini juga. Membuat semakan keputusan UPSR sekarang ini amat mudah dan pantas tidak seperti dahulu di mana kita terpaksa pergi ke sekolah asal anda untuk mendapatkan keputusan peperiksaan anda.

Ada terdapat dua (2) cara untuk membuat semakan keputusan UPSR anda iaitu melalui applikasi online dan juga melalui sistem applikasi Short Messege System (SMS).

Semakan kini semuanya dihujung jari anda.

Semakan Keputusan UPSR Online

Untuk membuat semakan keputusan melalui online anda hanya perlu layari laman sesawang (portal) ini >>> https://sppat.moe.gov.my/semakan/

Apa yang perlu anda lakukan ialah masukkan No (KP) Mykad anda di ruangan yang disediakan dan juga angka giliran anda semasa menduduki peperiksaan UPSR.

Walau bagaimanapun keputusan yang akan dipaparkan tidaklah details sepertimana yang tercatat dalam slip keputusan UPSR anda nanti.

Untuk mendapatkan salinan keputusan yang lengkap anda masih perlu datang sendiri ke sekolah asal anda untuk mendapatkannya.

Semakan Keputusan UPSR Melalui SMS

Selain dari sistem applikasi online, anda juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan UPSR anda melalui SMS.

Cara buat semakan melalui SMS ini lebih pantas berbanding dengan semakan melalui online. Cara ini juga antara yang paling banyak dan popular digunakan oleh para pelajar dan ibubapa.

Sila rujuk gambar di bawah untuk panduan semakan melalui SMS.
Download Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018

Download Jadual Waktu Peperiksaan UPSR. Peperiksaan UPSR akan tiba tidak lama lagi. Kepada yang tidak sabar menanti ketibaan peperiksaan anda boleh download jadual waktu peperiksaan UPSR tahun ini untuk panduan anda menyediakan diri menghadapinya.

Jadual peperiksaan UPSR ini penting untuk anda mengetahui subjek apa yang akan anda hadapi dan menyusun strategi belajar anda untuk menghadapi subjek-subjek tersebut.

Untuk download jadual layari >>> Jadual Peperiksaan UPSR (PDF)

Tips Menghadapi Peperiksaan UPSR 

Tips menghadapi peperiksaan UPSR. Tahukan anda bahawa untuk berjaya dalam peperiksaan tidaklah bergantung sepenuhnya kepada usaha keras (study hard) sahaja. Ada masanya kita melihat pelajar yang kelihatan malas belajar atau mengulangkaji pelajarnya mampu mendapat keputusan UPSR yang jauh lebih cemerlang.

Ini kerana selain usaha keras, sistem belajar yang betul juga penting untuk dipraktikkan. Tips belajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR perlu dikuasai oleh semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR untuk menambah peluang/kemungkinan kejayaan nanti.

Terdapat berberapa tips berguna dan berkesan yang anda boleh baca dan praktikan. Jika anda ada masa layari tips menghadapi peperiksaan UPSR di SINI, SINI dan SINI.

Kepada yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini kami ucapkan semoga berjaya!. Kongsikan maklumat mengenai cara semak keputusan UPSR online dan SMS ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan