Cara Semakan Senarai Hitam Imigresen & PTPTN Online

Semakan Senarai Hitam Imigresen & PTPTN Online. Baru-baru ini menteri pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik telah mengumumkan bahawa peminjam PTPTN boleh menangguh bayaran balik pinjaman PTPTN mereka sehingga mencapai gaji RM4000 sebulan.

Pengumuman ini secara langsung bermaksud pelajar yang belum mencapai gaji bulanan RM4000 dan telah diblacklist atau di senarai hitam oleh pihak Imigresen boleh memohon untuk namanya dikeluarkan dari senarai hitam.
Ini tentulah satu berita gembira kepada peminjam PTPTN yang telah disenarai hitamkan namanya oleh pihak imigresen. Anda kini sudah boleh keluar negara.

Cara Buat Senarai Hitam Imigresen & PTPTN Online

Jika anda ingin membuat semakan sama ada nama anda ada disenarai hitam oleh pihak imigresen, anda boleh membuat semakan online.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membuat satu portal khas di mana anda boleh buat semakan secara online dengan mudah dan cepat.

Untuk membuat semakan sila layari http://sspi.imi.gov.my/sspi/

Anda juga boleh membuat semakan melalui portal yang disediakan oleh pihak PTPTN sendiri untuk kemudahan anda. Portal ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana anda berada.

Untuk membuat semakan melalui portal PTPTN sila layari https://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm

Semoga Perkongsian ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan