Isnin, 25 Jun 2018

Permohonan Jawatan Guru Ganti Online 2018

Permohonan jawatan kosong Guru Ganti. Menurut maklumat yang disiarkan di FB group Portal Info Terkini, terdapat jawatan kosong Guru Ganti di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang ketika ini. Calon-calon yang layak dan berminat boleh membuat permohonan jawatan Guru Ganti online.

Jawatan guru ganti ini sedikit berbeza dengan jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang biasa kita dengar.
Pemohon yang berminat hendaklah mempunyai syarat utama seperti berikut iaitu:

a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
b. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) dalam bidang yang berkaitan.

Pemohon yang berminat untuk memohon jawatan kosong Guru Ganti ini bolehlah menghantar permohonan rasmi (permohonan bertulis) dan disertakan bersama resume dan gambar terbaru berukuran passport, salinan IC, Sijil Lahir dan yang berkaitan dengan jawatan yang di pohon.

Iklan jawatan kosong Guru Ganti ini boleh di layari di >>> Jawatan Guru Ganti

Hanya calon-calon yang layak dan sesuai akan dipanggil untuk sesi temuduga. Jika anda tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa 6 bulan dari tarikh anda menghantar permohonan, sila anggap permohonan anda tidak berjaya.

Semoga perkongsian mengenai permohonan jawatan Guru Ganti online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini kepada kawan-kawan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan