Panduan Dan Borang Permohonan Pinjaman PTPTN Online

Panduan dan borang permohonan pinjaman PTPTN online. Cara dan borang permohonan online pinjaman PTPTN untuk rujukan dan panduan pelajar untuk membuat permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih dikenali dengan singkatan PTPTN. Di sini kita akan memberi anda sedikit panduan mengenai cara memohon PTPTN, tarikh permohonan PTPTN, cara membuat semakan permohonan PTPTN dan juga cara membuat semakan baki pinjaman PTPTN anda.

Jika anda bercadang untuk membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online, teruskan membaca untuk maklumat lanjut sebagai panduan anda.

Cara dan borang permohonan pinjaman PTPTN online untuk panduan pemohon

Tujuan Pinjaman PTPTN

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.

Seharusnya kemudahan pinjaman PTPTN ini jika digunakan dengan sebaik-baiknya merupakan satu pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara kerana membantu mewujudkan  rakyat berpendidikan dan berkemahiran tinggi untuk masa depan negara.

Tarikh Permohonan Online PTPTN Dibuka/Tutup

Tarikh buka/tutup permohonan PTPTN. Pelajar boleh membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online selagi portal untuk permohonan baru di portal rasmi PTPTN dibuka. Apa yang perlu anda buat ialah membuat permohonan online melalui portal yang telah disediakan oleh pihak PTPTN.

Untuk membuat permohonan anda boleh layari >>> http://www.ptptn.gov.my/gateway/

Borang permohonan online PTPTN

Siapa Yang Boleh / Layak Memohon PTPTN

Siapa yang layak untuk membuat permohonan pinjaman PTPTN? Ini persoalan yang bagus. Bukan semua pelajar adalah layak untuk membuat pinjaman PTPTN. Sila rujuk senarai di bawah kelayakan asas untuk membuat permohonan PTPTN.
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  • Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
Jika anda memenuhi semua ciri di atas maka anda layak untuk membuat pinjaman PTPTN.

Syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN

Jika anda bercadang untuk membuat pinjaman PTPTN, anda harus memenuhi kriteria-kriteria seperti di bawah:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
8. Tiada penaja lain; dan
9. Telah membuka akaun SSPN-i

Syarat-syarat ini penting untuk anda fahami dan ketahuai untuk mengelakkan berlaku masalah semasa anda membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online nanti.

Cara Memohon PTPTN

Berikut ialah sedikit panduan cara memohon pinjaman PTPTN. Sila ambil perhatian perkara-perkara seperti di bawah:

a. Untuk membuat permohonan pinjaman PTPTN online pemohon hendaklah telah menerima surat tawaran kemasukan ke IPT. Jika tiada, sila jangan buang masa memohon online.

b. Pemohon perlu membeli PIN No. PTPTN bernilai RM 5.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.

PIN No PTPTN untuk permohonan online pinjaman PTPTN

c. Sebelum membuat permohonan sila semak bila tarikh tutup permohonan boleh dibuat. Pemohon perlu menyemak tarikh tutup permohonan.

Untuk membuat semakan tarikh tutup permohonan online PTPTN layari >>> http://www.ptptn.gov.my/web/guest/tarikh-tutup-permohonan

Jadual tarikh tutup permohonan PTPTN untuk IPT


d. Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing. Untuk tujuan ini sila berhubungan dengan kolej atau universiti tempat anda belajar untuk mengetahui bank yang perlu anda kunjungi.

Semakan Permohonan PTPTN

Sekiranya anda telah menghantar permohonan pinjaman PTPTN dan ingin mengetahui status permohonan PTPTN anda, anda boleh membuat semakan secara online.

Untuk membuat semakan status permohonan PTPTN layari link >>> http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung.

Selepas anda dibawa ke page utama portal rasmi PTPTN klik icon ‘Permohonan Pinjaman

Portal semakan status permohonan PTPTN online

Anda akan di bawah ke laman seterusnya. Anda bolehlah login akaun dengan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata laluan (Password) anda.

Status permohonan PTPTN anda akan dipaparkan untuk makluman dan rujukan anda. Status itu akan menyatakan sama ada permohonan pinjaman PTPTN anda telah diluluskan/tidak diluluskan dan juga sama ada permohonan itu telah lengkap atau tidak lengkap.

Semakan Senarai Hitam PTPTN

Mungkin anda telah mengalami sedikit masalah kewangan dan telah tidak berjaya melakukan pembayaran pinjaman PTPTN anda dengan baik. Ada kemungkinan anda telah disenarai hitam dan juga tidak boleh ke luar negara kerana nama anda juga mungkin telah disenarai hitam oleh pihak Imigresen Malaysia dan juga CCRIS. Anda boleh membuat semakan secara online sama ada anda telah disenarai hitam atau tidak.

Semakan boleh di buat secara online dengan mengisi No Kad Pengenalan, No.Telefon dan e-Mail. Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat.

Kepada peminjam pinjaman PTPTN, semakan Senarai Hitam PTPTN boleh disemak melalui cara-cara seperti berikut:

a. Portal Rasmi PTPTN dan Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) - Semakan Senarai Hitam
b. Hubungi careline PTPTN di talian 03-2193 3000.
c. Hadir di kaunter PTPTN / JIM

Punca Individu Disenarai Hitamkan

Ada berberapa sebab mengapa sesorang itu disenarai hitam di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Berikut adalah diantara punca individu itu disenarai hitam dan dilarang ke luar negara.

1. Gagal membayar cukai pendapatan
2. Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
3. Gagal membayar levi pekerja asing
4. Terlibat dalam kes jenayah
5. Bankrap
6. Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar Negara

Sebab No. 2 itu yang menyebabkan ramai yang telah disenarai hitamkan oleh pihak PTPTN / JIM.

Hubungi PTPTN / PTPTN Hotline

Sekiranya anda ada masalah atau pertanyaan yang ingin diajukan, sebaiknya anda terus berhubung PTPTN HOTLINE di talian 03-2080 4455.

Semoga perkongsian mengena panduan dan borang permohonan PTPTN online ini bermanfaat kepada anda. Anda digalakkan kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain sebagai panduan dan rujukan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan