Sistem Permohonan Job Matching PTPTN Online

Anda sudah tamatkan pengajian dengan jayanya, dan sedang cari kerja?  Tahukah anda PTPTN ada menyediakan skim Job Matching PTPTN? Ini untuk membantu anda cari kerja yang sesuai. Mencari kerja memang sukar pada zaman di mana semuanya serba cepat dan persaingan amat tinggi. Baru-baru ini Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN telah melancarkan program 'Job Matching PTPTN'. Tujuannya ialah untuk membantu para graduan mencari kerja yang sesuai dengan jenis pengajian yang mereka ambil dan bidang pekerjaan.

Program Job Matching PTPTN ini tentunya sesuatu yang amat ditunggu-tunggu, memandangkan jumlah penganggur dalam kalangan graduan di Malaysia semakin meningkat. Mulakan pencarian kerjaya anda dengan Job Matching PTPTN. Semasa artikel ini ditulis telah ada sebanyak 5,702 peluang pekerjaan menanti anda! menurut apa yang disiarkan dalam portal JobMatchingPTPTN yang baru dilancarkan baru-baru ini.

Borang permohonan online Job Matching PTPTN program
Program Job Matching PTPTN

Pelancaran program Job Matching PTPTN ini dibuat berlandaskan lima (5) tujuan utama seperti di bawah:

Pemadanan Kerjaya

Program ini direka khas untuk membuat pemadanan pekerjaan antara majikan dan graduan. Padanan pekerjaan berdasarkan penilaian minat, kemahiran akademik dan pengalaman kerja.

Peluang Pekerjaan

Program JobMatchingPTPTN ini adalah khas untuk graduan-graduan yang ada membuat pinjaman PTPTN semasa mereka belajar. Program ini memberi jaminan peluang pekerjaan eksklusif untuk peminjam PTPTN.

Bimbingan Kerjaya

Program ini akan memberi bimbingan dan latihan khas kepada graduan yang menyertainya. Bimbingan dan latihan disediakan PERCUMA.

Nota: *Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tawaran Gaji Menarik

Graduan yang mendapat kerja melalui Job Matching PTPTN akan menikmati gaji mengikut pasaran. Dalam kata lain graduan berpeluang mendapat pakej gaji mengikut standard terkini.

Pendapatan Tetap

Matlamat akhir dan utama program Job Matching PTPTN ialah membantu graduan mendapatkan pekerjaan tetap. Dengan adanya pekerjaan tetap, maka graduan akan menikmati pendapatan tetap dan seterusnya membantu pembayaran balik pinjaman PTPTN yang telah merek pinjam.

Cara Memohon PTPTN Job Matching Program Online

Cara membuat permohonan online Job Matching PTPTN untuk graduan

Jika anda berminat menyertai Job Matching PTPTN anda perlu membuat pendaftaran online di portal rasmi JobMatchingPTPTN. Sila rujuk gambar di atas untuk rujukan anda.

Ikuti lima (5)  langkah untuk mendaftar menyertai program Job Matching PTPTN seperti di bawah.

Langkah #1. Daftar

Pendaftaran boleh dibuat melalui portal >>> jobmatchingptptn.my

Langkah #2. Lengkapkan Profil

Muat naik resume dan lengkapkan profil anda.

Langkah #3. Hadiri Temuduga

Pihak majikan akan mengatur sesi temuduga.

Langkah #4. Persediaan Kerjaya

Latihan secara dalam dan luar talian secara PERCUMA. *Tertakluk kepada terma dan syarat.

Langkah #5. Mulakan Kerjaya

Bina masa depan yang cerah melalui kerjaya yang anda idamkan. Semoga berjaya!

Soalan Yang Sering Ditanya (FAQ) JobMatchingPTPTN

Q: Apa itu JobMatchingPTPTN?
A: JobMatchingPTPTN adalah program PTPTN bagi memenuhi pasaran kerjaya seiring dengan keperluan industri semasa di samping membantu mengurangkan kadar pengangguran negara.

Q: Apakah syarat untuk menyertai JobMatchingPTPTN?
A: Syaratnya ialah anda mestilah graduan berstatus peminjam PTPTN.

Q: Bagaimana untuk saya memohon kerja?
A: Mudah sahaja. Anda perlu berdaftar dan mengemukakan nama dan emel di pautan INI.  Selepas itu anda akan menerima emel dari kami dalam masa terdekat untuk proses yang seterusnya.  Sila  semak emel dari masa ke semasa

Q: Bagaimana pula jika saya ingin berhubung dengan majikan pilihan saya
A: TalentExchange akan mewakili bagi pihak anda untuk berhubung terus dengan majikan tersebut menerusi telefon atau emel. Sila pastikan nombor telefon dan alamat emel adalah aktif.

Q: Apakah latihan yang disediakan?
A: Latihan disediakan adalah dalam bentuk kombinasi yang sesuai di mana TalentExchange akan megenalpasti kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh industri seiring dengan kriteria yang ditetapkan oleh bakal majikan.

Q: Adakah penginapan dan pengangkutan sepanjang latihan disediakan?
A: Tidak. Anda perlu menguruskan penginapan dan pengangkutan sendiri sebelum memulakan sesi latihan. Walau bgaimanapun, makanan sepanjang sesi latihan akan disediakan.

Q: Apa istimewanya JobMatchingPTPTN?
A: Keistimewaan dan kelebihan program JobMatchingPTPTN ini adalah:-
                 
a)  Sebagai calon terpilih, anda akan diberi latihan kemahiran tambahan secara percuma yang berteraskan industri menepati keperluan bakal majikan.
                  
b)  Memberi peluang titik permulaan kerjaya, samaada berstatus tetap ataupun kontrak.
                  
c)  Diberi faedah dan hak pekerja  seperti EPF, Socso, rawatan hospital, cuti tahunan, perkembangan kerjaya, dan seumpamanya.
                  
d)  Gaji yang kompetitif.
                  
Q: Adakah saya dikenakan bayaran untuk mendaftar atau memohon kerja dalam program ini?
A: Tertakluk kepada terma dan syarat.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan proses temuduga?
A: Proses temuduga adalah di mana pusingan pertama sesi dialog adalah dengan TalentXchange untuk membuat pilihan atau disenarai pendek.  Temuduga seterusnya adalah sesi dialog bersama bakal majikan . Semua temuduga dibuat secara bersemuka , bergantung kepada keperluan dan kesesuaian oleh bakal majikan.

Q: Siapakah TalentExchange?
A: TalentXchange adalah anak syarikat Prestariang Berhad dan rakan kongsi program JobMatchingPTPTN. TalentXchange akan membantu menyuaipadankan anda dengan majikan yang tepat untuk memulakan kerjaya anda.

Q: Adakah saya perlu membayar latihan tersebut?
A: Tertakluk kepada terma dan syarat.

Q: Bagaimana sekiranya saya menarik diri selepas tamat sesi latihan?
A: Untuk makluman, sekiranya anda berjaya dipilih oleh bakal majikan, anda haruslah bersetuju dengan syarat dan terma program ini dan juga majikan.  Anda juga dikehendaki menandatangani borang pengesahan penyertaan program. Sekiranya anda menarik diri daripada program ini semasa ataupun selepas tamat sesi latihan, anda seharusnya membayar semula kos latihan tersebut.

Laporan Akhbar Mengenai JobMatchingPTPTN

Di bawah adalah berberapa laporan akhbar mengenai JobMatchingPTPTN program yang telah dilancarkan sempena ulang tahun PTPTN yang ke-20.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan program Job Matching PTPTN sempena ulangtahun ke 20 badan itu. Menurut Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah ia diperkenalkan bagi membantu peminjam yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sehingga menyukarkan mereka membayar balik pinjaman.- Astro Awani

PETALING JAYA, March 8 — Graduates who are National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) borrowers will now be able to look for jobs under a new collaboration between the student loan scheme and industry partners.

Dubbed as the Job Matching PTPTN, the programme was launched today by Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi as part of PTPTN’s 20th anniversary celebration in Cyberjaya.

Also present were Higher Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh and Higher Education Ministry secretary-general Tan Sri Noorul Ainur Mohd Nur.

The Job Matching scheme is a collaborative initiative between PTPTN and Prestariang Berhad to directly benefit PTPTN borrowers seeking jobs or greater opportunities to elevate their employment value.

Phase 1 of the collaboration will begin with Job Matching as the pilot programme targeted at up-skilling and re-skilling of current PTPTN borrowers.

The programme will introduce PTPTN borrowers to the job markets through a ‘Place &Train’ model which will include job matching to industry requirements through talent profiling and a series of soft skills and communications training.

PTPTN chairman Datuk Shamsul Anuar Nasarah said the scheme would improve employment opportunities which would ultimately benefit both job-seekers and employers, who will have easy access to suitable candidates.

“Job Matching is the first of its kind where our existing borrowers will first be provided with a job that matches to industry requirements through a stringent talent profiling and thereafter training to enhance their potentials and employability.

“This will provide immediate job opportunities to seekers and vice versa, provide immediate suited talents to the employment market. This will set to increase employment rate and boost the country’s economy,” he added.

Also unveiled at the launch was EduCloud, a Single Services-Based Digital Platform to support Learning, Engagement and Innovation in Education in Malaysia and Asean.

Prestariang Group Chief Executive Officer Abu Hasan Ismail said its latest offering via cloud computing was introduced under the Group’s successful transformation into a pioneering Technology & Talent player.

“We are pleased that this is our first project with PTPTN and they have trusted us to lead this initiative. Prestariang will host Job Matching under our end-to-end student digital engagement platform, Educloud,” he said.- The Malay Mail

Hubungi Pihak JobMatchingPTPTN

Jika anda mempunya persoalan atau perlukan maklumat lanjut, anda boleh berhubung terus dengan pihak yang mengendalikan skim JomMatchingPTPTN menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

Email: support@jobmatchingptptn.my, Tel: +6013-4710 474

Diharapkan perkongsian maklumat mengenai permohonan JobMatchingPTPTN online ini bermanfaat kepada anda. Sila kongsikan maklumat ini terutama kepada kawan-kawan yang pernah membuat pinjaman PTPTN untuk membiayai pengajian mereka tetapi masih mencari pekerjaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan